DASAR PRIVASI

Terima kasih atas minat anda dengan platfom Zero Bleeds yang boleh didapati sebagai perisian (“Perisian”). Perisian ini dimiliki oleh Shire plc dengan alamat 5 Riverwalk, Citywest Business Campus, Dublin 24, Ireland (“Shire”), dan dioperasi oleh Shire dan/atau ENSO Studios Pty Ltd dengan alamat 4 Kyabra Street, Newstead, Queensland 4006, Australia atau pembekalan perkhidmatan lain yang disenaraikan di laman web Zero Bleeds (https://zerobleeds.com.my) (kemudian dari sini: “Pembekal Perkhidmatan”, “kami” atau“kita”), dan dibekalkan kepada anda bagi pihak hospital atau institut kesihatan yang lain ( “Institut”); Institut anda adalah bertanuggungjawab terhadap maklumat yang dimasukkan ke dalam Perisian.

Perisian ini membantu penjaga kesihatan profesional (“Pengguna-pengguna” atau "Anda") untuk memantau situasi pendarahan pesakit, infusi perubatan dan rejim rawatan. Perisian membekalkan aplikasi mobil dan lamn interaksi web supaya pesakit dapat merekodkan maklumat rawatan dan mengongsikan maklumat tersebut dengan Institut. Pengguna-pengguna perlu mendaftar dan memiliki akaun peribadi untuk menikmati perkhidmatan Perisian. Pengguna-pengguna boleh daftar masuk ke akaun dengan ID Pengguna dan kata laluan yang ditetapkan.

Shire, dengan alamat yang dinyatakan di atas, merupakan pengawal data untuk data peribadi Pengguna-pengguna yang merangkumi Maklumat Peribadi yang dikumpulkan melalui pendaftaran Pengguna untuk menggunakan Perisian, dan juga pengumpulan dan pemprosesan data dalam fail data yang dinotifikasikan, jika berkenaan, dengan Agenci Perlindugan Data yang kompeten.

Sebelum menggunakan Perisian ini, anda perlu membaca Dasar Privasi yang merangkumi pengumpulan, penyimpanan, sekuriti, akses, penggunaan dan pendedahan sebarang Maklumat Peribadi Pengguna dan Maklumat Pesakit. Anda akan dikehendaki mengesahkan persetujuan anda kepada Penyataan Pernerimaan, Terma-terma Penggunaan dan Dasar Privasi sebelum mengakses Perisian ini. Sila jangan menggunakan Perisian atau menghantar sebarang Maklumat Peribadi Pengguna atau Maklumat Pesakit melalui Perisian ini jika anda tidak bersetuju dengan Terma-terma Penggunaan. Dalam situasi ini, anda mungkin tidak dapat menikmati semua fungsi dan perkhidmatan yang disediakanoleh Perisian.


Skop

Sila ambil perhatian bahawa Dasar Privasi ini terpakai ke atas Perisian. Anda mungkin akan menjumpai pautan-pautan atau rujukankepada laman-laman web lain.Pautan-pautan dan rujukan tersebut tidak dirangkumi dalam Dasar Privasi ini dan mungkin akan megguna atau memproses maklumat anda dengan cara yang berbeza. Sila baca dasar privasi setiap laman web yang anda layari untuk memahami cara penggunaan maklumat di laman web tersebut. Rujukan-rujukan dan pautan-pautan hanya dibekalkan untuk kemudahan anda; anda bertanggungjawab anda untuk sebarang interaksi dengan laman web tersebut.


Maklumat yang Dikumpulkan dan Bagaimana Maklumat tersebut Digunakan:

Pengunaan Perisian memerlukan Pengguna memberi maklumat yang berkaitan seperti yang berikut:

(i) nama depan, tengah (bukan wajib) and belakang; (ii) tanda hormat; (iii) emel; dan (iv) nombor telefon. Maklumat-maklumat ini akan dirujuk sebagai “Maklumat Peribadi Pengguna.”

Penggunaan Perisian ini juga memerlukan pesakit untuk berkongsi maklumat rawatan dan maklumat peribadi (“Maklumat Pesakit”). Walaubagaimanapun, pesakit boleh memilih untuk berkongsi: (i) nama depan; (ii) nama tengah (bukan wajib); (iii) nama belakang; (iv) emel; (v) nombor telefon; (vi) maklumat berkaitan dengan pendarahan (masa, tarikh, lokasi, gambar berdarah, tahap kesakitan dan lain-lain.); (vii) infusi/ maklumat berkaitan dengan rawatan infusi (masa, tarikh, produk yang digunakan, dos, maklumat produk seperti number lot dan lain-lain); dan (vii) jadual, rejim rawatan dan matlamat (jadual infusi, Kadar Pendarahan Tahunan). Keperluan yang terpakai kepada data di atas mungkin berbeza mengikut negara (bergantung kepada negara Pengguna yang mengakses Perisian) tetapi tidak akan melebihi hak kuasa yang disenaraikan di atas. Shire mendapatkan kebenaran pesakit untuk memproses Maklumat Pesakit melalui Perisian. Pesakit boleh membuat pilihan melalui Perisian supaya Maklumat Pesakit dapat dikongsi dengan Institut.

Maklumat yang dihantar oleh Pengguna, termasuk Maklumat Peribadi Pengguna dan Maklumat Pesakit akan diproses apabila menggunakan Perisian. Maklumat tambahan (analisis laman web yang melaporkan statistik tentang bahagian Perissian yang paling popular) mungkin akan dikumpul melalui penggunaan cookie.


BagaimanaMaklumat Dikumpulkan

Kami mungkin akan mengumpul maklumat daripada Pengguna melalui dua kaedah: secara aktif dan secara pasif. Pengumpulan maklumat secara aktif merujuk kepada situasi seperti pengumpulan maklumat daripada anda semasa pendaftaran dan maklumat peribadi untuk akaun Pengguna dihantarkan. Pengumpulan maklumat pasif merujuk kepada situati di mana terdapat pengumpulan maklumat daripada anda walaupun maklumat tersebut tidak diberi secara aktif. (Sila rujuk kepada bahagian seterusnya dalam Dasar Privasi yang menjelaskan amalan-amalan pengumpulan maklumat pasif)


Pengumpulan Maklumat Aktif

  • Pada peringkat pengumpulan maklumat yang tertentu, anda akan atau mungkin diminta untuk membekalkan Maklumat Peribadi Pengguna atau Maklumat Pesakit seperti yang dinyatakan. Dengan membekalkan maklumat Maklumat Pesakit, anda mengesahkan bahawa anda akan mematuhi peraturan dan undang-undang dalam penggunaan Maklumat Pesakit tersebut. Dengan membekalkan Maklumat Peribadi Pengguna, anda mengesahkan bahawa (a) Anda bersetuju dengan Penyataan Penerimaan seperti yang diwajibkan oleh peraturan dan undang-undang terpakai; dan (b) Penyataan Penerimaan tersebut selaras dengan bentuk dan kandungan sampel kebenaran yang disediakan oleh SHIRE kepada Institut anda ketika pendaftaran Institut.
  • Maklumat Peribadi Pengguna yang dikumpulkan pada peringkat-peringkat berikut:

  • Profil Pengguna: Maklumat Peribadi Pengguna dikumpulkan melalui borang pendaftaran Pengguna dan penggunaan Perisian atau melalui permintaan Pentadbir Admin supaya Pengguna dapat mengakses Perisian. Untuk tujuan ini, Pengguna perlu memberikan maklumat berikut: (i) nama depan, tengah (bukan wajib) dan belakang; (ii) tanda hormat; (iii)emel; dan (iv) nombor telefon. Maklumat Pesakit akan dikumpulkan pada peringkat-peringkat yang berikut.
  • Profil Pesakit: Pesakit-pesakit yang memilih untuk melibatkan diri dalam penggunaan Perisian ini boleh mencipta profil yang mengandungi maklumat peribadi dan mengongsi data rawatan dengan Institut. Untuk tujuan ini, pesakit perlu memberikan maklumat berikut: (i) nama depan; (ii) nama tengah (bukan wajib); (iii) nama belakang; (iv) tarikh lahir; (v)emel; (vi) nombor telefon; (vii) berat badan; (viii) maklumat pendarahan dan infusi, termasuk tetapi tidak terhad kepada, lokasi pendarahan / infusi, tarikh dan masa pendarahan / infusi, gambar-gambar, produk dan maklumat dos. Jenis data yang diperlukan mungkin berbeza mengikut negara (bergantung kepada negara Pengguna yang mengakses Perisian) tetapi tidak boleh melebihi hak kuasa yang disenaraikan di atas.

Pengumpulan Maklumat Pasif: Cookie

Kami akan menggunakan teknologi khas untuk pengumpulan maklumat secara pasif apabila anda melayari dan menggunakan Perisian kami (iaitu, anda tidak membekalkan maklumat tersebut secara aktif). Cookie membolehkan pengumpulan, pengekalan dan pengutipan maklumat yang tertentu mengenai tabiat-tabiat pelayaran Pengguna atau maklumat mengenai komputer atau mengenai peranti. Bergantungan kepada maklumat yang dikandungi komputer atau peranti atau penggunaannya, Cookie mungkin digunakan untuk mengenal pasti identiti Pengguna (termasuk nama domain internet, jenis pelayar yang anda gunakan, sistem operasi anda, dan tarikh dan masa anda mengakses dan menggunakan Perisian, halaman web tertentu yang anda layari, dan alamat laman web yang anda layari sebelum menggunakan Perisian).

Perisian ini menggunakan cookie secara sementara dengan menyambungkan alamat Protokol Internet (IP) (juga dikenali sebagai cookie sementara atau cookie sesi, dan dipadamkan apabila anda memadamkan cache pelayar.) Untuk maklumat lanjut tentang Dasar Korporat Shire mengenai penggunaancookie sila layari https://www.shire.com/legal-notice/cookies.

Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang cookie, kami mencadangkan anda melayari alamat pautan berikut: http://www.allaboutcookies.org/manage-cookies/index.html.

Alamat-alamat Protokol Internet (IP). Dengan menggunakan Perisian, anda menandakan persetujuan anda kepada pengumpulan alamat-alamat Protokol Internet (IP) (termasuknya tarikh dan masa ) dalam peranti yang digunakan untuk operasi Perisian. Alamat-alamat IP merupakan pengenal-pengenal automatik khas yang diserahkan kepada peranti elektronik tertentu apabila anda mendaftar masuk ke Internet. Alamat-alamat IP membenarkan kami mengenal pasti identiti rangkaian komputer individu anda dan membolehkan kami mengumpul kebanyakan maklumat yang sama dengan pengumpulan melalui cookie, termasuk jenis pelayar, laman web yang anda layari dan berapa lama anda menggunakan Perisian. Secara umum, alamt-alamat IP membenarkan kami membekalkan fungsi asas, mengenal pasti masalah dengan pelayar-pelayar kami, dan meningkatkan fungsi Perisian ini.

Pengguna boleh membenarkan, menghalangi atau memadamkan cookie yang dimuat turun dalam komputer atau peranti dengan mengubah konfigurasi pelayar yang digunakan. Untuk maklumat tentang cara mengurus cookie, sila layari https://www.shire.com/legal-notice/cookies.

Tujuan pengumpulan, penggunaan dan pendedahan: Maklumat Peribadi Pengguna dan Maklumat Pesakit yang dikumpulkan daripada anda apabila menggunakan Perisian hanya akan diguna dan didedahkan selaras dengan Dasar Privasi ini, sebagaimana yang didedahkan kepada anda apabila anda memberikan maklumat atau dipersetujui oleh anda atau sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang.

Jika Perisian mengalami kerosakan atau tersalah fungsi, Shire mungkin memerlukan akses ke data peribadi Pengguna supaya kerosakan dapat diselesaikan. Penggunaan data peribadi Pengguna oleh SHIRE sentiasa dikaitkan dengan penggunaan Perisian. Penggunaan data peribadi oleh SHIRE adalah perlu untuk menyokong pembekalan Perisian kepada Institut, penggunaan ini tidak akan menjejaskan hak-hak asasi dan kebebasan individu-individu.

Maklumat Pesakit yang dikumpulkan akan diproses, diguna dan didedahkan seperti yang dinyatakan dalam Borang Keizinan persakit dan apabila diminta oleh Institut.

Bagaimanakah kami mengongsi dengan Pihak-pihak ketiga

Kecuali sebagaimanayang dinyatakan dalam penyataan ini dan sebagainamn dibenarkan oleh undang-undang, Maklumat Peribadi Pengguna dan Maklumat Pesakit tidak akan dijual, dipajak, dipindah, dihantar, dikongsi atau diakses atau diberi akses kepada pihak ketiga kecuali pihak-pihak ketiga yang memproses Maklumat Peribadi Pengguna dan Maklumat Pesakit untuk membekalkan perkhidmatan teknikal, atau apabila diminta oleh Institut, kepada pemproses SHIRE untuk aktiviti pemprosesan yang tertentu, dan kepada sekutu-sekutu KUMPULAN SHIRE. Di samping itu, SHIRE boleh mendedahkan maklumat sebagaimana yang dikehendaki kepada pengganti hak milik, untuk memudahkan penggabungan, penyatuan, pemindahan pentadbiran atau penyusunan semula korporat lain yang SHIRE menceburi; untuk membalas permintaan pihak-pihakberkuasa kerajaan, atau apabila dikehendaki oleh undang-undang, perintah mahkamah, atau peruntukan kerajaan; atau apabila dikehendaki oleh audit-audit korporat atau untuk penyiasatan atau untuk memalasaduan atau ancaman keselamatan.

Pemindahan Data Antarabangsa

Maklumat mungkin akan didedahkan, disimpan dan diproses di mana-mana negara yang SHIRE beroperasi termasuk mana-mana negara pangkalan pembekal perhidmatan kepada SHIRE. Hal ini mungkin melibatkan pemindahan, pendedahan atau penghantaran Maklumat Peribadi Pengguna anda ke negara-negara yang tidak mempunyai perlindungan data atau undang-undang privasi yang setaraf dengan undang-undang tempatan. Maklumat tambahan mengenai negara-negara dan pembekal perkhidmatan tersebut boleh didapati di laman web Zero Bleeds (https://zerobleeds.com.my) Data anda mungkin boleh diakses oleh pembekal perkhidmatan yang membantu SHIRE untuk menyelesaikan isu-isu teknikal. Jika pembekal perkhidmatan berpangkalan di luar negara tidak mempunyai perlindungan data atau undang-undang privasi yang setaraf dengan undang-undang tempatan, pembekal perkhidmatan tersebut dikehendaki oleh SHIRE untuk melaksanakan langkah-langkah perlindungan yang sesuai untuk memastikan data anda dilindungi dengan baik. Anda boleh menghubungi SHIRE jika anda ingin mendapatkansalinan langkah-langkah perlindungan tersebut. SHIRE hanya akan mengekalkan data peribadi Pengguna hanya selama Pengguna diluluskan oleh Pentadbir Admin Institut. Jika dinotifikasikan bahawa Pengguna tidak diluluskan, SHIRE akan memadamkan atau menghapuskan data peribadi Pengguna secara selamat.


Akses kepada Maklumat

Maklumat akaun Pengguna anda boleh diakses dengan menggunakan kata laluan yang ditetapkan oleh anda. Setiap Pentadbir Admin bertanggungjawab untuk mengakses dan memelihara maklumat Institut, termasuk Maklumat Peribadi Pengguna dan Maklumat Pesakit, yang boleh diaksesmelalui ID Pengguna anda.

Pemilihan KeluarSemua peringkat pengumpulan maklumat aktif akan menjelaskan sama ada maklumat tersebut adalah wajib atau bukan wajib supaya memastikan maklumat dibekalkan secara sukarela. Kami juga cuba menjelaskan akibat-akibat (contohnya, tidak dapat mengakses fungsi penting Perisian) jika maklumat yang wajib atau tidak wajib tidak dibekalkan di peringkat pengumpulan maklumat dan dalam Dasar Privasi ini. Apabila anda menghantar Maklumat Peribadi Pengguna dan/atau Maklumat Pesakit melalui Perisian ini, sama ada maklumat tersebut adalah wajib atau tidak wajib,dan anda mengklik pada kotak persetujuan, anda bersetuju kepada pendedahan dan penggunaan selaras Maklumat Peribadi seperti yang dijelaskan dalam Dasar Privasi dan mengesahkan bahawa anda telah memperolehi Borang Keizinan Pesakit yang ditandatangani daripada pesakit seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini. Selain itu, anda mengakui bahawa SHIRE hanya memproses Maklumat Peribadi Pengguna dan Maklumat Pesakit ini selaras dengan Dasar Privasi, untuk membantu Institut memberi dos ubatan yang sesuai kepada pesakit-pesakit atas permintaan Institut.

Keselamatan Data

Kami mengekalkan keselamatan fizikal, elektronik dan prosedur yang munasabah dan sesuai yang direka supaya Maklumat Peribadi Pengguna dan Maklumat Pesakit dapat dilindungi. Seperti yang diwajibkan undang-undang, SHIRE memastikan bahawa semua langkah-langkah keselamatan ‘tahap asas’ tempatan yang dikehendaki akan dilaksanakan melalui Perisian. Walaupun kami membuat yang terbaik untuk melindungi privasi anda, tiada kaedah keselamatan yang berkesan 100%, dan setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang, kami tidak boleh bertanggunagjawab untuk tindakan-tindakan pihak-pihak yang mengakses maklumat anda tanpa kebenaran. Setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang, SHIRE tidak membuat waranti, secara nyata atau tersirat, mengenai keberkesanan langkah-langkah perlindungan yang munasabah dan sesuai.

Ejen-ejen, kontraktor-kontraktor atau pemproses lain atau sub-processor SHIRE yang mengurus Perisian dan mempunyai akses ke Maklumat Peribadi Pengguna dan/atau Maklumat Pesakit berkaitan dengan pembekalan perkhidmatan kepada SHIRE dikehendaki menyimpan maklumat tersebut secara sulit dan tidak dibenarkan megguna maklumat tersebut untuk tujuan-tujuan lain selain daripada tujuan membekalkan perkidmatan kepada SHIRE.

Antara carakami lindungi Maklumat Peribadi Pengguna dan Maklumat Pesakit adalah melalui ID Pengguna dan kata laluan. Langkah keselamatan ini hanya berkesan jika anda merahsiakan kedua-dua ID Pengguna dan kata laluan. Anda mengakui bahawa anda bertanggungjawab untuk sebarang penggunaan Perisian yang diakses dengan ID Pengguna dan kata laluan peribadi. Jika anda mempunyai sebab untuk percaya bahawa ID Pengguna atau kata laluan anda terlibat dalam penggunaan yang tidak sah, sila menghubungi kami dengan segara pada bila-bila masa.

Kami juga mengambil langkah-langkah untuk memastikan Maklumat Peribadi Pengguna dan Maklumat Pesakit anda tidak diakses, digunakan, diubahsuai atau didedahkan, jika tidak dibenarkan atau penyalahgunaan lain. . Sebagai contoh, sebarang Maklumat Peribadi Pengguna dan Maklumat Pesakit yang diberikan oleh anda akan dihantar melaui pautan yang selamat secara sulit. Proses penyulitan ini menterjemahkan data kepada kod rahsia. Untuk membaca fail penyulitan ini, anda perlu mempunyai petunjuk yang membenarkan anda untuk membaca kod tersebut. Pihak lain tidak akan dapat memahami kod rahsia tersebut walaupun mereka memperolehi data tersebut.


PERSISIAN INI HANYA BERTUJUAAN UNTUK DIGUNAKAN OLEH PROFESIONAL PENJAGA KESIHATAN BERLESEN DAN PESAKIT-PESAKIT.

Hak-hak anda untuk mengakses, membuat pembetulan, memadam, membatas dan membantah: Anda mempunyai hak untuk membantah pemprosesan Maklumat Peribadi Pengguna dan Maklumat Pesakit dan meminta SHIRE memadamkan Maklumat Peribadi Pengguna anda. Jika anda memilih untuk berbuat demikian, anda tidak akan dapat menggunakan Perisian ini. Anda juga mempunyai hak untuk mendapat akses dan mendapat salinan tentang data peribadi yang dipegang oleh kami. Anda juga mempunyai hak untuk meminta pembetulan atau pemadaman data yang salah, tidak lengkap, ketinggalan zaman atau untuk menghadkan pemprosesan data peribadi. Anda juga mempunyai hak untuk meyemakkan bukti keizinan anda.


Hubungi kami/ Penguatkuasaan Dasar Privasi/ Hak-hak Data Peribadi JJika anda mempunyai sebarang pertanyaan, komen, kebimbangan atau aduan mengenai Dasar Privasi ini termasuk mengenai hak akses anda, membuat pembetulan, memadam dan membantah, atau sebarang pertanyaan tentang penggunaan maklumat oleh Perisian ini, sila menghubungi Pentadbir Admin anda,yang memberi keizinan hak-hak akses kepada anda ke Perisian ini. Anda boleh menghubungi SHIRE di PrivacyConnect@shire.com Jika dikehendaki undang-undang, SHIRE akan melantik wakil tempatan. Sila rujuk kepada maklumat Hubungi Kami di laman web yang berkaitan dengan Zero Bleeds untuk maklumat tambahan tentang cara menghubungi wakil tempatan tersebut.

Jika anda kuathir mengenai penggunaan data peribadi anda, anda mempunyai hak untuk membuataduan kepada pihak berkuasa perlindungan data tempatan anda.

Kami berhak untuk membut pembetulan, perubahan dan/atau penggantian semua atau sebahagian Dasar Privasi ini. Anda akan dimaklumkan tentang pembetulan, perubahan atau penggantian dengan notis dalam Perisian. Anda akan diminta untuk bersetuju dengan perubahan tersebut sebelum anda mengakseskan Perisian.



© Takeda Pharmaceutical Company Limited 2024
Zero Bleeds Malaysia (en-GB)
Terms of Use | Privacy Policy